Sunday, March 20, 2011

Sebak aku baca post by Amirah Harun....

04/03/2011-2.00am-jumaat (KEMBALINYA INSAN TERSAYANG KE RAHMAHTULLAH* BAPAKU*)


dia...

seorang bapa yang sangat prihatin,



seorang bapa saudara yang sangat mengasihi anak2 buahnya,
seorang insan yang sanggup bergadai apa saja demi kebaikan, kegembiraan & masa depan keluarganya...
kemuliaan & kemurnian hati rohaninya bagai salju yang gugur ke bumi tanpa sebarang cela di atasnya,
SUBHANALLAH..hebatnya dia berbakti kepada keluarganya,
dia tidak mengeluh apatah lagi berkata-kata di dalam hati....
namun...................................................................................
apalah daya ku untuk menghalang suratan takdir daripada terjadi
hilai tawa, senyuman manis, gurau sendanya,
kini....telah menjadi sebuah kenangan
menjadi memori indah yang terlalu sukar untuk dipadam
segala pahit manis kita bersama
menjadi sebuah hadiah yang bermakna
yang berharga,
yang tidak ternilai jika disamakan dengan emas permata....
perginya meninggalkan sebuah kehidupan yang dulunya sempurna,
sesempurnanya erti sebuah kehidupan yang sebenar...
perginya meninggalkan dua insan yang amat memerlukan khudrat seorang lelaki
belaian seorang suami,
belaian seorang yang bergelar bapa
seorang yang sentiasa bertakhta di hati, selamanya....
semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang soleh di sisi ALLAH....
AMIIIINNNNNNN..............AL-FATIHAH...

(SEMOGA ARWAH CIKGU TALIP DTEMPTKN DI GOLONGAN2 ORG YG BERIMAN..... AMIN.... ALFATIHAH.....)

No comments:

Post a Comment